Monday, 31 December 2012

Pesanan Imam Al- Ghazali :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah S.W.T berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah... sedangkan kita?


Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Jadi sementara masih hidup lakukan amal-amal yang difardhukan terhadap kita sebagai insan2 yang menjadi umat islam. Teringat kata-kata seorang sahabat nabi s.a.w bahawa dunia ini adalah tempat untuk beramal bukan unuk diperhitungkan dan di akhirat kelak adalah tempat untuk diperhitungkan dan bukan lagi tempat untuk beramal. Begitulah hebatnya kata2 sahabat nabi sehinggakan saya sendiri apabila mendengar kata2 ini daripada guru saya sangat terpegun dan merasakan dunia ini hanyalah tempat persinggahan ataupun kalau kita melalaui haighway adalah tempat R&R sahaja sebelum meneruskan kehidupan yang hakiki. Semoga Allah memberkati amalan di dunia. Teringat doa daripada seorang ustaz yang mendoakan supaya beramal dengan segala amalan yang ada. Biarlah tangan kita, kaki kita, mulut, telinga menjadi agama iaitu akan menjadi bukti kepada Allah yang kita sememangnya adalah seorang yang taat kepada Allah S.w.t. 

Ya rasululullah kami rindu padamu


Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi junjungan kita semua. Jadi sebagai umat baginda seharusnya mempunyai rasa cinta kepadanya. Bagaimana nak tanamkan rasa cinta kepada baginda?pertama banyakkan bacaan selawat terhadap nabi s.a.w  (Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad. Kedua, banyakkan mengamalkan sunnah nabi s.a.w. Ketiga, banyakkan bacaan2 tentang sirah2 nabi Muhammad s.a.w. Itu antara langkah-langkah untuk menanam cinta kepada nabi s.a.w. Kita sebenarnya sudah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat baginda. Ada satu kisah nabi musa berjumpa dengan Allah S.w.T bertanyakan kepada Allah adakah ada nabi yang lebih hebat selepas ini?Allah menjawab ada. Nabi Musa berkata "aku mahu menjadi nabi tersebut". Allah menjawab bahawa Allah sudah memilih nabi tersebut. Lalu nabi Musa berkata kepada Allah "kalau begitu aku mahu menjadi umat bagi nabi tersebut. Namun Allah menjawab bahawa Allah sudah memilih umat bagi nabi tersebut. Begitulah kemuliaan nabi s.a.w. Jadi sebagai umat nabi ayuh sama2 menanamkan cinta kepada nabi s.a.w. Seandainya orang menyebut nabi, baginda, nabi Muhammad, Rasulullah maka balaslah dengan penghormatan kepada baginda s.a.w dengan perkataan S.A.W