Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi junjungan kita semua. Jadi sebagai umat baginda seharusnya mempunyai rasa cinta kepadanya. Bagaimana nak tanamkan rasa cinta kepada baginda?pertama banyakkan bacaan selawat terhadap nabi s.a.w (Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad. Kedua, banyakkan mengamalkan sunnah nabi s.a.w. Ketiga, banyakkan bacaan2 tentang sirah2 nabi Muhammad s.a.w. Itu antara langkah-langkah untuk menanam cinta kepada nabi s.a.w. Kita sebenarnya sudah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat baginda. Ada satu kisah nabi musa berjumpa dengan Allah S.w.T bertanyakan kepada Allah adakah ada nabi yang lebih hebat selepas ini?Allah menjawab ada. Nabi Musa berkata "aku mahu menjadi nabi tersebut". Allah menjawab bahawa Allah sudah memilih nabi tersebut. Lalu nabi Musa berkata kepada Allah "kalau begitu aku mahu menjadi umat bagi nabi tersebut. Namun Allah menjawab bahawa Allah sudah memilih umat bagi nabi tersebut. Begitulah kemuliaan nabi s.a.w. Jadi sebagai umat nabi ayuh sama2 menanamkan cinta kepada nabi s.a.w. Seandainya orang menyebut nabi, baginda, nabi Muhammad, Rasulullah maka balaslah dengan penghormatan kepada baginda s.a.w dengan perkataan S.A.W
No comments:
Post a Comment