Tuesday, 1 January 2013
Ini adalah salah seorang guru yang aku respek. Beliau bernama al fadil ustaz Hj Adam bin Said. Beliau sangat tegas dalam usaha mengajak masyarakat untuk menuju cinta Allah. Aku banyak menerima nasihat daripada beliau. Antara nasihatnya ialah "jangan sampai nafsu melebihi ilmu dan akal". Beliau menerima pendidikan di Kolej arab di Johor selepas tu sambung di Pattani, Thailand dan sambung di Mekah. Subhanallah. Beliau banyak menghasilkan kitab-kitab dalam semua bidang antaranya:
1. Tuntutan Taubat
2. Tuntuntan amal (feqah)
3. Menuntut cinta Allah.
Bidang akidah pula beliau menggunakan kitab akidah ahli sunnah wal jemaah untuk pembelajaran kitab kepada masayarakat. Alhamdulillah semasa cuti aritu ak dapat mengikuti pengajian bersama beliau. Kelembutan beliau menyebabkan aku segan untuk berhadapan dengan beliau. Dalam kelembutan ada ketegasannya dalam menyampaikan ilmu agama Allah. Semoga Allah memberkati ustaz dan istiqomah dalam memperjuangkan agama ALlah. ameen..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment